Skip to main content
Berita

YB DATUK HAJI FADILLAH HAJI YUSOF MELANCARKAN PROGRAM TV REALITI (DIY) DENGAN INOVASI, YO!

By 2012-10-18Mac 10th, 2017No Comments

 

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2012 – Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan program TV Realiti baru yang diberi nama Dengan Inovasi, Yo! (DIY).

Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, pelancaran ini dilakukan dalam suasana santai tetapi meriah diiringi dengan paluan gendang pasukan pancaragam.

Program TV ini akan ditayangkan setiap hari Jumaat jam 6.30 petang di TV3. Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas dan dipilih dari 12 buah negeri di Malaysia termasuk sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hadiah yang menanti para pemenang ialah sebuah piala yang diberi nama Piala Cipta dan wang berjumlah RM 50,000.

“Program ini dicipta untuk melahirkan anak muda yang berdaya kreatif serta memahami pengertian inovasi. Hari ini ialah masa persaingan, oleh itu semua anak muda di negara ini harus menjadi manusia yang berkemahiran dan mempunyai daya saing yang amat tinggi bagi mengharungi para pesaing di masa akan datang”, kata Timbalan Menteri kepada para pelajar selepas pelancaran program ini.

Dengan Inovasi Yo! (DIY) ini adalah antara inti pati program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI 2012) yang jalankan oleh MOSTI. Program DIY ini turut dibantu oleh produksi Kakiseni dan menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program ini dengan sempurna.

“Kementerian dan Kakiseni memfokuskan anak-anak sekolah sebagai peserta kerana ingin melahirkan generasi yang tahu dan pandai mencipta serta melahirkan idea terbaru dan lebih berinovasi.  Disiplin, kreatif, sikap berani dan berinovatif ialah kunci untuk menghadapi masa depan”, tambah beliau ketika sesi sidang media.