Skip to main content
Berita

YB Khairy Jamaluddin meneruskan sesi lawatan kerja ke Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)

Putrajaya, 3 Jun 2020: YB Khairy Jamaluddin meneruskan sesi lawatan kerja ke Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) diiringi oleh YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI. Ketibaan delegasi MOSTI disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohd. Pauzi Mohd. Sobari, Ketua Pengarah AELB.

Siri lawatan ke jabatan/agensi di bawah MOSTI adalah untuk mengenali dengan lebih mendalam fungsi, hala tuju serta potensi yang dimiliki oleh agensi-agensi berkenaan di dalam memacu sains dan teknologi seiring dengan peredaran dan perkembangan semasa.
Secara umumnya, AELB bertanggungjawab dalam mengawal dan mengawalselia keselamatan (Safety), sekuriti (Security) dan kawalgunaan (Safeguards) bagi aktiviti tenaga atom di Malaysia. Ini adalah bagi memastikan ia dikendalikan dengan selamat dan tidak memberikan impak negatif kepada pekerja, orang awam dan juga alam sekitar.

Delegasi MOSTI juga turut berkesempatan meninjau kemudahan dan fasiliti yang terdapat di LPTA seperti Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear (Nuclear Security Support Centre, NSSC), Bilik Rampasan (Bomb Pit) dan Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (PTNK).