Skip to main content
Berita

YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara

Kuala Lumpur, 15 Disember 2020 – KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima menghadap YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pegawai tertinggi MOSTI di Istana Negara petang tadi.
Kami berkesempatan mempersembahkan kepada baginda tentang pelan kerajaan dalam perolehan vaksin dan pelan vaksinasi COVID-19 apabila ia mula diterima negara dalam suku pertama tahun hadapan.
Selain itu, kami turut berkesempatan menyembah taklimat mengenai Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang dirancang bagi mempersiapkan Malaysia menghadapi Revolusi Industri (IR) 4.0.
Menjunjung kasih, Tuanku.
Skip to content