Skip to main content
Berita

Sesi Panggilan Maya dan Pembentangan Antara MOSTI Bersama Kementerian Pembangunan Inovatif, Uzbekistan

Putrajaya, 17 Disember 2020 – YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah mempengerusikan sesi panggilan maya dan pembentangan antara MOSTI bersama Kementerian Pembangunan Inovatif, Uzbekistan.
Sesi yang berlangsung ini merupakan kesinambungan sesi panggilan maya antara YB Tuan Haji Ahmad Amzad bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia bersama TYT Azimjon Nazarov, Timbalan Menteri Pembangunan Inovatif, Uzbekistan pada 17 November 2020 yang lalu.
Sesi kali ini melibatkan pembentangan daripada Agensi dibawah kedua-dua kementerian yang bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) antara kedua-dua buah negara.
Skip to content