Skip to main content
Berita

YBhg. Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI Telah Mengadakan Pertemuan Dengan YBrs. Dr. Norilmi Amilia Ismail, Founder & CEO of SpaceIN Sdn. Bhd

29 Disember 2022, Putrajaya – YBhg. Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah mengadakan pertemuan dengan YBrs. Dr. Norilmi Amilia Ismail, Founder & CEO of SpaceIN Sdn. Bhd.

 

YBrs. Dr. Norilmi juga telah terpilih sebagai mentor untuk UN’s space programme (Space for Women Mentorship programme). Beliau merupakan wanita Malaysia pertama yang terpilih menyertai program ini berdasarkan pengalaman beliau selama 10 tahun dalam bidang teknologi angkasa ini.
SpaceIN baru sahaja menyelesaikan kempen aktiviti Assembly, Integrate & Testing (AIT) satelit untuk satelit SpaceANT (Space Advance Network Technology) di Kompleks Kejuruteraan Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia, Banting Selangor pada18-23 Dis 2022. [SpaceANT-D is a technology demonstration PocketQube satellite manufactured by SpaceIn].
MOSTI sentiasa terbuka dan komited dalam membantu syarikat pemula seperti SpaceIN untuk berkembang dan menjadi peneraju industri angkasa di peringkat kebangsaan dan serantau.
Turut sama dalam perbincangan ini ialah YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, Encik Mhd Fairos bin Asillam dari Bahagian Penguasa Angkasa, MOSTI.
320331997 538215371695140 5289883614795378824 n
Skip to content