Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP)

4 Januari 2023, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meneruskan lawatan kerja ke Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) yang merupakan sebuah syarikat modal teroka di bawah seliaan MOSTI. Ditubuhkan pada tahun 2001, MAVCAP melabur secara modal teroka dalam syarikat syarikat berteknologi tinggi, antaranya Carsome, TheLorry, Aerodyne, Naluri dan lain lain.
MAVCAP juga mempunyai pegangan dalam 11 syarikat dana dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan luar negara seperti AXIATA, Johor Corporation, Gobi Partners dan 500 Startups.
YB Menteri diberi taklimat dan penerangan oleh YM Tunku Alizakri Alias, Pengerusi MAVCAP dan YBrs. Shahril Anas Hasan Aziz, CEO MAVCAP. Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
Copy of Copy of OPI00846
Skip to content