9 Oktober 2023, Putrajaya – YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Simon Fellows, Pemangku Duta Besar Australia di Malaysia. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai Kementerian dan agensi MOSTI.
Malaysia dan Australia berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam pelbagai bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seperti teknologi hidrogen, polisi inovasi dan peluang kerjasama lain dalam bidang STI.