COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
Putrajaya, 10 Mei 2021 – Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK): Bilangan yang telah mendaftar untuk vaksinasi: 9,983,396 iaitu 41.2% daripada populasi penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun…
5 Mei 2021, Kuala Lumpur – Hari ini bermulanya pemberian vaksin AstraZeneca kepada penerima-penerima di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar secara sukarela pada 2 Mei 2021. YB…
4 Mei 2021, Putrajaya – Susulan peningkatan penularan wabak COVID-19 di Malaysia akhir-akhir ini, Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan sistem amaran awal yang lebih bersepadu bagi mengenal pasti sesuatu kawasan…
3 Mei 2021, Putrajaya – Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Bilangan yang telah mendaftar untuk vaksinasi: 9,701,660 iaitu 40% daripada populasi penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun…
path: downloads