Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) adalah jawatankuasa utama dalam perolehan dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. JKJAV dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) adalah jawatankuasa utama dalam perolehan dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. JKJAV dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi…
Putrajaya, 24.2.2021 – Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, pada hari ini. Perdana Menteri menerima suntikan vaksin COVID-19…
Simulasi pemberian Vaksin COVID-19 telah dilaksanakan pada hari ini melibatkan YB Khairy Jamaluddin dan YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba. Tujuan utama simulasi ini diadakan adalah untuk menguji persediaan…
Lawatan YAB Perdana Menteri ke Institut Kanser Negara (IKN) bagi meninjau kesiapsiagaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. IKN adalah salah satu daripada 54 PSV yang akan membekalkan vaksin Pusat Pemberian…
Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.00 pagi yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo). Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan…
path: downloads