COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
30 Ogos 2021, Kuala Lumpur – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi selepas istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan…
29 Ogos 2021, Kuala Lumpur – Pusat Pemberian Vaksin World Trade Centre Kuala Lumpur (PPV WTCKL) mencatatkan sejarah tersendiri hari ini apabila berjaya merekodkan pemberian suntikan ke satu juta kepada…
23 Ogos 2021, Selangor – Bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian…
23 Ogos 2021, Putrajaya – YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini meluangkan masa melawat dan meninjau pengoperasian Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19…
20 Ogos 2021, Kuala Lumpur – Malaysia telah menerima bekalan pertama vaksin dos tunggal, CanSino, yang akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutamanya di kawasan pedalaman. Sebanyak…
path: downloads