PRIVASI

Aplikasi PRIMTECH (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi”), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk pegawai (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) di Ibu Pejabat MOSTI bagi memudahkan pengguna melihat rekod kehadiran masing-masing dan juga mengesahkan kehadiran pegawai di bawah seliaan dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).


MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan capaian kepada Modul Kehadiran di MOSTI’s Integrated System (MIS). Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.


MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN

a) Aplikasi ini hanya memaparkan rekod yang telah sedia ada sahaja daripada Modul Kehadiran di MOSTI’s Integrated System (MIS).
b) Data yang dipaparkan adalah seperti berikut ;
i. Nama pengguna
ii. No. Kad Pengenalan
iii. E-mel
iv. Bahagian/Unit
c) Data yang dipaparkan tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
d) Data yang dipaparkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.


KESAN JIKA DATA TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.


KERAHSIAAN

Data yang dipaparkan oleh Aplikasi akan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.


KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.


PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada primtech@mosti.gov.my

 

Tarikh kemas kini: 22/12/2022