Skip to main content
FokusFokus April 2018 (Edisi Khas Minggu Sains Negara)

SAMBUTAN MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH

By 2020-04-15Mac 31st, 2023No Comments

Sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung pada 1 dan 2 April 2018 bertempat di IMAGO Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi). Sambutan yang diterajui oleh SIRIM Bhd dengan kerjasama daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 6,000 orang.

Sepanjang dua (2) hari sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sabah ini pelbagai aktiviti berasaskan sains telah dijalankan, antaranya ialah:

  1. Colours of TN50 yang memberi peluang kepada para pelajar untuk memberi pandangan dan berkongsi idea berkaitan TN50 melalui pertandingan mewarna;
  2. Saintis Cilik iaitu aktiviti dalam bentuk kuiz untuk memupuk interaksi interaktif bersama para pelajar dalam menguji pengetahuan dan kemahiran berkaitan sains;
  3. Sci-Explorer: Ice Cream Lab ialah aktiviti yang mendedahkan para pelajar berkenaan perubahan jirim daripada cecair kepada pepejal;
  4. Sci-Cinema: All About Science bagi memberi pendedahan dan pengetahuan sains kepada para pelajar dalam merungkai pelbagai misteri yang berhubungkait dengan dunia sains dalam kehidupan seharian manusia;
  5. Battlebots; Tactical Challenge ialah aktiviti yang melatih untuk membuat perancangan strategik dalam pelaksanaan dan pertahanan misi;
  6. Taklimat Keselamatan Barangan Elektrik dan Barangan Pengguna;
  7. Pengenalan Harta Intelek; dan
  8. Rakan Met dan Daftar Cuaca.

Selain daripada itu, pameran berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI) juga turut diadakan selama tempoh sambutan yang melibatkan pempamer seperti yang berikut:

  1. Sabah Animation Creative Content Centre;
  2. Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu;
  3. Politeknik Kota Kinabalu;
  4. Jabatan Kimia Sabah;
  5. Jabatan Metereologi Sabah;
  6. Telekom Malaysia Sabah;
  7. MyIPO Sabah;
  8. YSG Bioscape Sdn. Bhd.; dan
  9. IPG Kent, Tuaran.
Skip to content