Skip to main content
Minggu Sains Negara

Minggu Sains Negara 2021

By 2021-03-13April 13th, 2021No Comments

Minggu Sains Negara 2021 Sains Untuk KesihatanPenganjuran Minggu Sains Negara 2021

Penganjuran Minggu Sains Negara merupakan salah satu daripada inisiatif MOSTI dalam usaha menyemarakkan aktiviti inovasi dan kreativiti negara selari dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang menggariskan pelaksanaan pelbagai inisiatif, program dan aktiviti bagi tempoh 2021 hingga 2030. Panganjuran ini juga adalah selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017 sebagai punca kuasa agar penganjuran Minggu Sains Negara dilaksanakan pada minggu pertama bulan April setiap tahun di seluruh negara.

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah memberi impak kepada kaedah pelaksanaan bagi sebarang bentuk penganjuran yang melibatkan orang ramai. Pada tahun 2020, kaedah konvesional yang dirancang telah diubah suai yang mana 95 peratus aktiviti dan program yang telah dirancang telah diadakan secara maya. Jumlah keseluruhan libat urus (view/engagement) yang telah direkodkan bermula daripada bulan April sehingga November 2020 adalah sebanyak 2,482,059.

Mengambil kira kepentingan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam menjayakan agenda menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi, MOSTI meneruskan pelaksanaan Minggu Sains Negara pada tahun 2021 yang akan berlangsung mulai 1 hingga 7 April 2021 .

Bagi penganjuran di era pasca COVID-19, pihak Kementerian telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Minggu Sains Negara 2021 secara maya. Pelaksanaan ini akan diteruskan dengan melazimi impak norma baharu berdasarkan tiga (3) strategi utama:

  1. pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan yang mana sebarang bentuk program yang melibatkan penglibatan orang awam dalam jumlah yang ramai akan diadakan berdasarkan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselematan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  2. mengoptimumkan pengunaan internet serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dengan mengadakan aktiviti di atas talian seperti webinar, online town hall, online conferencing, online class, online training, online sciences show, online tour dan pelbagai aktiviti yang menarik bagi memastikan objektif pelaksanaan Minggu Sains Negara tercapai; dan
  3. merangka aktiviti dan program berdasarkan tahap pemahaman golongan sasar (sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi) yang merangkumi pelbagai elemen yang menjurus kepada meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap STI.

Minggu Sains Negara 2021 akan dijayakan dengan kerjasama strategik antara MOSTI serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memastikan kandungan yang dibina menepati keperluan setiap golongan sasar secara bersasar. Antara kementerian dan NGO yang terlibat adalah seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institusi Penyelidikan, Women in Science, Persatuan Guru STEM, Institutes Engineer Malaysia (IEM) dan Institut Aminuddin Baki (ABI).

Tema ‘Sains Untuk Kesihatan’

Asas pemilihan tema ‘Sains Untuk Kesihatan’ bagi penganjuran Minggu Sains Negara 2021 adalah bagi melonjakkan peranan STI sebagai elemen utama dalam melazimi norma baharu. Peranan sains bukan sahaja dalam mengekang penularan COVID-19 tetapi juga adaptasi terhadap perubahan gaya hidup masyarakat. Sains telah memungkinkan masyarakat bermigrasi sepenuhnya kepada gaya hidup digital serta menggalakkan inovasi. Pemilihan tema ini adalah menepati senario semasa dunia serta menunjukkan komitmen dan peranan MOSTI dalam membendung wabak COVID-19 dan pelaksanaan transformasi negara ke arah negara berteraskan teknologi dan sains selari dengan DSTIN 2021-2030.

Pengisian Minggu Sains Negara 2021

Bagi penganjuran Minggu Sains Negara 2021, lebih daripada 100 aktiviti/program telah dirancang untuk dilaksanakan oleh MOSTI bersama-sama dengan agensi dan jabatan di bawah MOSTI,  kementerian-kementerian lain dan NGO sepanjang 1 hingga 7 April 2021. Pelaksanaan program/aktiviti ini adalah berteraskan pada lapan (8) bidang utama, iaitu:

  1. Pameran
  2. Bengkel
  3. Forum
  4. Seminar
  5. Pembelajaran
  6. Kuiz/Cabaran
  7. Imbasan minggu sains negara 2020

Dua (2) Program Signature yang akan dilaksanakan pada kali ini, ialah:

  1. LOTHI 2021 (Low Touch, High Impact)
  2. Humanoid Robot Challenge
  3. Vaccination Ted Talks

Layari Platform Minggu Sains Negara 2021

Panduan Platform MSN 2021 kepada Pengguna dan Pempamer

Panduan Platform MSN 2021

 

Jadual Pelaksanaan MSN 2021

02 Jadual Pelaksanaan Program Minggu Sains Negara 2021

 

Jadual Penuh Program MSN 2021

03 Jadual Penuh Program MSN 2021

 

Informasi MSN 2021

04 Informasi MSN 2021