Skip to main content
Minggu Sains Negara

Minggu Sains Negara 2022

Apa itu Minggu Sains Negara?

Selaras dengan gagasan konsep Keluarga Malaysia yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri, pada tahun ini Minggu Sains Negara (MSN) turut menyokong konsep tersebut dengan penjenamaan sebagai Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022.

Pada tahun 2020, kaedah konvensional Minggu Sains Negara yang dirancang telah diubahsuai secara keseluruhan di mana 95% aktiviti dan program yang dirancang telah diubah suai dan diadakan secara maya. Jumlah keseluruhan libat urus (view/engagement) yang telah direkodkan bermula daripada bulan April sehingga November adalah sebanyak 2,482,059. Angka ini merupakan bilangan libat urus tertinggi sepanjang pelaksanaan Minggu Sains Negara secara fizikal iaitu sebanyak 88,018 pada tahun 2018 dan 928,206 pada tahun 2019. Pada tahun 2021 pula, keseluruhan aktiviti Minggu Sains Negara dilaksanakan secara atas talian. Sebanyak 157 program telah dilaksanakan dan merekodkan penyertaan sebanyak 1,034,771.

MSNKM yang bertema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian dan disasarkan sebanyak 1.5 juta penyertaan oleh pelajar sekolah, pelajar IPT dan masyarakat umum. MSNKM 2022 akan dilaksanakan dengan konsep yang berbeza dimana ia berteraskan kepada bidang fokus utama yang akan berubah pada setiap bulan bermula pada bulan April hingga Oktober 2022.

Terdapat tujuh (7) bidang yang telah disenarai pendek sebagai bidang fokus iaitu Kesihatan Planet, Kimia dan Bioteknologi, Kegunaan Aman Nuklear, Inovasi Sosial, Kejuruteraan, Nanoteknologi dan Angkasa. Bidang fokus ini dipilih berdasarkan kesesuaian setelah mengambil kira sambutan hari-hari berkepentingan berkaitan STI.

Antara pengisian bagi MSN Keluarga Malaysia 2022 adalah pertandingan, seminar, ceramah, kuiz, pameran maya, bengkel maya, pelantikan ikon STI, virtual explore race, pertandingan membuat video, dan meet & greet secara maya. Cadangan pengisian program ini akan melibatkan pelbagai agensi pelaksana dari kementerian serta sokongan daripada rakan strategik.

 

Picture2

Picture1

TEMA MINGGU SAINS NEGARA KELUARGA MALAYSIA 2022

“ MERAKYATKAN SAINS, MENGINSANKAN TEKNOLOGI

Pemilihan tema Minggu Sains Negara (MSN) Keluarga Malaysia 2022 adalah sejajar dengan hasrat kementerian untuk menjadikan sains sebagai suatu perkara yang lazim di kalangan rakyat serta menjadikan teknologi sebagai pemangkin ekonomi. Tema ini juga turut menyokong aspirasi YB Menteri yang sering menekankan aspek merakyatkan sains dan menginsankan teknologi lantas memberi penerangan yang jelas mengenai objektif kementerian secara amnya dan objektif Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia secara khususnya.

Asas pemilihan tema ini adalah bagi melonjakkan peranan STI sebagai elemen utama dalam melazimi norma baharu. Melihat peranan sains terhadap perubahan gaya hidup masyarakat di mana sains telah memungkinkan masyarakat bermigrasi sepenuhnya kepada gaya hidup digital.

Selain itu, pelaksanaan MSN Keluarga Malaysia 2022 mendokong program Malaysia Techlympics Keluarga Malaysia 2022 anjuran MOSTI yang turut mensasarkan objektif yang sama iaitu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian serta menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara. Techlympics Keluarga Malaysia yang berteraskan tagline Connect, Compete & Celebrate turut menggambarkan aspirasi MOSTI untuk mendekatkan sains kepada rakyat.

MINGGU SAINS NEGARA 2022 MAKLUMAT sabah sarawak.pptx

Skip to content