Robot-robot yang ditempatkan sejak November 2020 ini menjalankan fungsi membersihkan lantai pasar, mengangkut ayam dari lori ke gerai penjaja, serta menguruskan sisa secara pintar. Sistem kawalan keselamatan AI yang dipasang melalui CCTV pula boleh mengesan pergerakan yang mencurigakan dan menghantar amaran dalam waktu sebenar (real time). Ketiga-tiga robot itu dibangunkan oleh dua syarikat tempatan, Ideasparq Robotics Sdn. Bhd. dan Akar Indah Engineering Sdn. Bhd. dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation. Projek dibiayai oleh geran Sandbox Inovasi dan Teknologi Kebangsaan (NTIS) di bawah MOSTI dan merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT Malaysia) dan Majlis Perbandaran Ipoh.
,/center>