Skip to main content
Covid-19Perkongsian Maklumat

Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac)

Inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) bertujuan membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima di lancarkan hari ini oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK. Pendaftaran MyVac kini dibuka kepada orang ramai mulai hari ini melalui laman web www.myvac.com.my.
MyVac adalah satu inisiatif yang menunjukkan pendekatan menyeluruh Kerajaan dan masyarakat atau Whole1 of-Society Approaches, yang mana pelbagai Kementerian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah dilibatkan bagi memastikan PICK mampu dilaksanakan dengan berkesan di dalam usaha membendung serta menamatkan pandemik COVID-19 di Malaysia.
MyVac terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Orang ramai boleh mendaftar satu daripada dua kategori yang ditawarkan iaitu sebagai sukarelawan am dan sukarelawan perubatan. Sukarelawan MyVac akan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara.


Skip to content