Pengenalan

Planetarium Negara merupakan sebuah institusi pendidikan tidak formal dalam bidang Astronomi dan Sains Angkasa. Terletak di atas tanah seluas 14 ekar di dalam kawasan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Seni binanya yang unik bercirikan seni bina Islam berinspirasikan pencapaian Astonomi dan Sains Angkasa semasa kegemilangan tamadun Islam.

Objektif

VISI

Pusat pendidikan tidak formal dan pembudayaan sains angkasa terunggul di Malaysia.

MISI

Menyediakan prasarana dan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat berkaitan aktiviti astronomi dan sains angkasa

Fungsi & Tanggungjawab

  1. Memperkasakan peranan Planetarium Negara sebagai sebuah organisasi pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya dalam bidang astronomi dan sains angkasa di Malaysia;
  2. Meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan bidang astronomi dan sains angkasa melalui tayangan, pameran, program dan media sosial;
  3. Menyediakan kemahiran dalam pengendalian instrumentasi tayangan digital astronomi optikal dan radio amatur; dan
  4. Memberikan khidmat nasihat, koordinasi dan bimbingan untuk pembangunan modal insan dalam bidang astronomi dan sains angkasa di Malaysia.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memberi perkhidmatan dengan penuh dedikasi, berkualiti dan profesional kepada pengunjung.

  1. Memberi khidmat rujukan yang cekap, berkesan dan terkini kepada pelanggan.
  2. Menyediakan pameran dan program mengenai astronomi dan sains angkasa
  3. Responsif kepada pertanyaan, cadangan dan aduan pelanggan.
  4. Menyediakan kemudahan asas dan persekitaran pameran yang bersih, selesa dan selamat.
  5. Maklumbalas kepada permohonan lawatan berpandu.
  6. Mengemaskini maklumat laman web dan media sosial bahagian.
  7. Menguruskan tuntutan pembayaran balik dan pembayaran perkhidmatan setelah dokumen lengkap diterima.
  8. Menguruskan permohonan sewaan fasiliti dan pinjaman peralatan.
  9. Memberi perkhidmatan kaunter yang cekap, tepat dan mesra pelanggan.
  10. Menyediakan pautan bahan bacaan luar secara atas talian.

CARTA ORGANISASI PLANETARIUM