Pengenalan

Peranan utama Unit Komunikasi Korporat adalah sebagai focus point Kementerian dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam, media, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.

Pengurusan Pemegang Taruh

  • Mewujudkan perhubungan baik antara Kementerian dengan pemegang taruh (pengurusan, pihak awam, media dll) melalui penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang berkesan.

Komunikasi Strategik

  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan komunikasi strategik berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak;
  • Menyediakan bahan dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan, rakaman foto; dan video;

Pengurusan Pelanggan

  • Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai kementerian diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki; dan
  • Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan Kementerian diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.

1. KORPORAT, PROMOSI & PUBLISITI

  • Merancang dan menyelaras ke arah peningkatan imej korporat MOSTI.
  • Sebagai “focal point” jabatan MOSTI dalam penyampaian dan penyaluran maklumat / dasar / program-program yang dilaksanakan.
  • Merancang dan melaksanakan pelan komunikasi / media ke arah mejayakan program-program utama MOSTI.
  • Merancang dan melaksanakan program-program pemupukan jalinan hubungan/kerjasama dengan pihak berkepentingan.
  • Memberi khidmat nasihat dalam perancangan program-program publisiti dan promosi yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi di bawah MOSTI.
  • Menyelaras penyediaan bahan / maklumat untuk portal MOSTI.
  • Melaksanakan Kajian Keberkesanan Promosi secara berkala.
  • Menguruskan lawatan rasmi ke MOSTI (Berkaitan dengan Pengurusan Atasan: YBM, YBTM, & KSU)..
  • Khidmat nasihat protokol program utama MOSTI.
  • Memantau dan mengumpul berita berkaitan Menteri dan Kementerian.

2. PENERBITAN & KOMUNIKASI KREATIF

  • Merancang dan melaksanakan penerbitan bahan-bahan bercetak korporat MOSTI (Laporan Tahunan, majalah, brosur, buletin dll).
  • Menerbitkan video-video pendek untuk dimuatnaik ke youtube / media sosial bagi mempromosikan fungsi/ perkhidmatan / produk MOSTI
  • Menyediakan perkhidmatan grafik dan reka bentuk untuk bahan-bahan publisiti dan promosi serta bahan-bahan percetakan.
  • Menyediakan khidmat jurufoto dan juruvideo untuk liputan aktiviti / program jabatan / agensi.
  • Menyelaras, menyedia, memantau dan mengemaskini kandungan Portal MOSTI.
  • Melaksanakan Mesyuarat Kandungan Portal secara berkala.

3. KOMUNIKASI STRATEGIK MEDIA
(BAHARU / ARUS PERDANA)

  • Melaksanakan pemantauan akhbar – cetak dan online secara harian.
  • Menyediakan Laporan Analisa Pemantauan Akhbar secara berkala.
  • Merancang dan menyelaras penyediaan Kertas Perancangan Komunikasi Strategik Media Sosial / Baharu ke arah peningkatan imej jabatan / agensi.
  • Memantau dan membuat analisa isu semasa Di Media Sosial.
  • Merancang dan melaksanakan Kajian Isu Semasa MOSTI secara berkala.
  • Rebutter Isu – Mengemukakan maklum balas dan penjelasan bagi isu-isu berbangkit di media sosial.

4. PENTADBIRAN & PENGURUSAN PELANGGAN

  • Mengurus memantau dan menyelaras semua aduan, pertanyaan dan maklum balas yang diterima dari pelbagai sumber.
  • Mengurus, memantau dan menyelaras Perkhidmatan Pengurusan Pelanggan profesional, cekap, mesra dan berkesan.
  • Melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan.
  • Focal Point MyGCC.
  • Menjadi urusetia kepada usaha-usaha peningkatan kualiti bahagian (ISO, EKSA, Star Rating dan lain-lain)
  • Mengurus hal ehwal berkaitan pentadbiran Bahagian.
  • Menyediakan bajet dan memantau hal ehwal kewangan Bahagian.
  • Mengurus dan memastikan inventori pejabat dalam keadaan teratur.
  • Mengurus sistem fail Bahagian secara teratur.
  • Mengurus dan mengemas kini fail meja dan Manual Prosedur Kerja Bahagian.
  • Menyelaras Laporan Prestasi Tahunan Kewangan
  • Menguruskan Cenderamata.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  • Memantau isu-isu/ maklumbalas mengenai Kementerian melalui akhbar-akhbar serta internet dan membuat keratan akhbar kepada isu-isu, merekod dan mengedarkan untuk makluman pihak pengurusan setiap hari;
  • Mengambil tindakan awal ke atas aduan/ maklumbalas yang diterima dalam tempoh tidak melebihi tiga hari bekerja;
  • Memantau isu kandungan maklumat di ruangan highlights Portal Kementerian sentiasa dikemaskini seminggu sekali;
  • Menyelaraskan kompilasi senarai aktiviti tahunan Kementerian setiap awal tahun (bulan Januari);dan
  • Memastikan plan promosi / publisti Kementerian dipatuhi dan dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan
Carta organisasi UKK