Pengenalan

Unit Perundangan bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan perundangan kepada Kementerian dan jabatan di bawahnya. Perkhidmatan perundangan meliputi nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, mengendalikan kes-kes pendakwaan serta mewakili Kementerian dan jabatan di bawahnya dalam apa-apa tindakan guaman di mahkamah.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti dan professional selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kementerian dan jabatan di bawahnya.

Fungsi & Tanggungjawab

a) Penasihat

  1. Memberi nasihat dan pandangan undang-undang berkenaan isu undang-undang yang dirujuk oleh Kementerian dan jabatan di bawahnya
  2. Menyedia dan menyemak apa-apa dokumen perundangan seperti perjanjian, kontrak, memorandum persefahaman dan lain-lain
  3. Bertanggungjawab kepada Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara bagi perkara dan isu-isu domestik
  4. Bertanggungjawab kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara bagi perkara-perkara melibatkan hal antarabangsa

b) Gubalan

  1. Menggubal apa-apa perundangan (baru / pindaan) sama ada dalam bentuk perundangan utama atau perundangan subsidiari
  2. Menggubal instrumen-instrumen perundangan lain seperti warta pelantikan, pemberian kuasa oleh Y.B Menteri dan sebagainya
  3. Bertanggungjawab kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara

c) Pendakwaan

  1. Mengendali atau membantu mengendalikan pendakwaan kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa Kementerian umumnya dan jabatan penguatkuasaan khususnya, seperti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
  2. Memantau pengendalian mana-mana kes pendakwaan oleh pegawai-pegawai pendakwa di jabatan penguatkuasaan di bawah Kementerian
  3. Memberi kuasa kepada pegawai pendakwa bagi menjalankan pendakwaan kes-kes
  4. Bertanggungjawab kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara

d) Guaman

  1. Mewakili Kerajaan Malaysia dalam kes-kes guaman sivil yang melibatkan Kementerian dan jabatan di bawahnya
  2. Menyediakan pliding yang perlu dalam kes-kes guaman
  3. Bertanggungjawab kepada Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara

Piagam Pelanggan

Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan perundangan kepada pelanggan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia dengan mengambil kira dasar-dasar Kerajaan dan kepentingan awam secara telus dan bijaksana