Skip to main content
Berita

PENAPIS AIR ‘ULTRAFILTRATION/REVERSE OSMOSIS PLANT’ UNTUK MANGSA GEMPA BUMI RANAU

By 2015-06-22April 12th, 2021No Comments

 

RANAU, SABAH 22 JUN 2015 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengenalpasti sumber air bersih bagi tujuan penapisan air bersih untuk mangsa gempa di ranau. Sumber air bersih ini akan diproses menggunakan mesin penapis air ‘Ultrafiltration/Reverse Osmosis Plant’, ciptaan UTM melalui Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC) dengan menggunakan dana MOSTI.

“Mesin ini akan dapat menghasilkan air bersih daripada air laut, air payau dan air keruh. Mesin ini juga mampu menghasilkan sekitar 5,000 liter air bersih dalam masa satu jam untuk kegunaan 2,000 orang sehari tanpa perlu dimasak” demikian menurut YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau yang mengetuai Lawatan Misi Gentech : Sahabat Ranau bersama-sama Pengurusan Tertinggi MOSTI.

Misi Gentech : Sahabat Ranau turut mengunjungi Pejabat Meteorologi Ranau bagi mendengar taklimat dan laporan terkini mengenai status gempa juga ke Water Intake di Kimolohing bagi meninjau keadaan semasa serta kesesuaian menempatkan mesin penapis air ‘Ultrafiltration/Reverse Osmosis Plant’.

Dalam taklimat khas oleh Agensi Remote Sensing (ARSM) Pejabat Meteorologi Ranau, di antara teknologi sedia ada yang dikenalpasti di MOSTI adalah Teknologi Remote Sensing yang dapat membantu mengenal pasti kawasan lokasi potensi air bawah tanah. Di samping itu, ARSM mempunyai keupayaan teknologi menyediakan maklumat kawasan hutan dan tadahan air kawasan Ranau dan Kundasang serta peta 3-D kawasan Gunung Kinabalu, Ranau dan Kundasang.

Agihan air mineral, bahan keperluan harian dan sabun serbuk hasil R&D SIRIM, agensi di MOSTI turut diagihkan MOSTI beserta jabatan/agensi kepada Pegawai Daerah Ranau yang akan mengagihkan bantuan tersebut kepada mangsa gempa bumi Ranau.

Skip to content