Skip to main content
Berita

GenTech Ops Banjir Terajui Misi Bantuan Dari MOSTI

By 2015-01-15Disember 14th, 2020No Comments

PEKAN, 15 JANUARI 2015 – Prihatin kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa banjir, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini meneruskan misi bantuan pasca banjit dengan menghantar 300 orang sukarelawan GenTech Ops Banjir MOSTI ke daerah Pekan, Pahang Darul Makmur.

YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengetuai misi bantuan ini. Bantuan dan sumbangan disampaikan kepada penduduk yang terjejas dan tinjauan pembersihan dilakukan di beberapa kawasan antaranya:-
–    Sekolah Kebangsaan Temai
–    Sekolah Kebangsaan Acheh
–    Masjid Acheh
–    Kampung Acheh

MOSTI telah menjalankan beberapa siri kunjungan ke Pahang meliputi beberapa daerah sejak awal tahun ini bagi membantu mangsa banjir. Misi Gentech Ops Banjir pada hari ini adalah yang teramai dihadiri oleh sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi di bawah MOSTI.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia akan turut bersama-sama dengan sukarelawan bergotong-royong membersihkan kawasan yang terjejas selepas banjir.

MOSTI mengambil inisiatif menubuhkan pasukan khas untuk misi bantuan mangsa banjir sejak awal tahun ini dan telah menghantar lebih 3 tan barang keperluan harian ke Pahang.

 

Skip to content