Skip to main content
Berita

Pelantikan sebagai Presiden Governing Council of The Centre for Science and Technology of The Non-Aligned and Other Developing Countries (NAM S&T CENTRE)

PUTRAJAYA, 5 SEPTEMBER 2017 Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Mohd. Azhar bin Haji Yahaya telah dilantik sebagai Presiden Governing Council of NAM S&T Centre pada Mesyuarat ke-14 Governing Council of the Centre for Science and Technology of the Non-Aligned and Other Developing Countries (NAM S&T Centre) di Putrajaya pada 5 September 2017. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sumbangan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi di persada dunia.

 

Mesyuarat ini dihadiri oleh 28 delegasi dari 16 negara yang terdiri daripada Duta Besar/ Ketua Kementerian / Jabatan / Agensi sains dan teknologi negara-negara ahli NAM S&T dan wakil kedutaan negara-negara ahli di Malaysia.

 

NAM S&T Centre adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada 48 negara berkecuali dan negara-negara membangun yang terletak di kawasan Afrika, Asia, Timur Tengah, Amerika dan Eropah. Pusat ini berfungsi bagi mempromosikan dan menggalakkan kerjasama teknikal antara saintis dan organisasi sains dari kalangan negara-negara anggota untuk kebaikan dan manfaat mereka.

 

Malaysia telah mula menganggotai NAM S&T Centre sejak 1994 dan telah memainkan peranan aktif dalam melaksanakan bersama-sama aktiviti seperti bengkel dan kursus di Malaysia. YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya akan memegang jawatan sebagai Presiden Governing Council of NAM S&T Centre bagi tempoh empat tahun. Sepanjang tempoh tersebut, Malaysia akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam aktiviti NAM S&T Centre untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di negara-negara anggota

Skip to content