Skip to main content
Berita

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim Timbalan Menteri, meneruskan sesi lawatan kerja ke sebuah lagi agensi di bawah MOSTI iaitu MIMOS Berhad.

Putrajaya, 11 Jun 2020 – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim Timbalan Menteri, meneruskan sesi lawatan kerja ke sebuah lagi agensi di bawah MOSTI iaitu MIMOS Berhad.

Sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional, MIMOS menyokong pewujudan dan pembangunan industri dalam bidang-bidang berkaitan ICT, Semikonduktor dan Mikroelektronik ke arah meningkatkan daya saing nasional. Peranannya juga mencakupi pembinaan kapasiti dan keupayaan serta penyediaan khidmat perundingan dan nasihat kepada Kerajaan dan industri. Sejak tahun 2005, MIMOS memainkan peranan penting sebagai pusat pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang-bidang teknologi berkaitan.

MIMOS juga merupakan penyedia teknologi utama untuk Kerajaan, dan telah melaksanakan sejumlah projek berimpak tinggi merentasi pelbagai sektor sosio-ekonomi, yang telah berjaya menjimatkan kos secara signifikan kepada pihak Kerajaan.

Ekosistem R&D MIMOS menyediakan kemudahan perkhidmatan guna sama termaju, pusat pembuktian konsep dan khidmat sokongan berkaitan; yang terbuka kepada syarikat multinasional, PKS dan syarikat tunas tempatan, untuk menawarkan teknologi baharu yang mampu milik dan membolehkan penyertaan syarikat ke dalam industri dengan kos yang lebih rendah.

Ketibaan delegasi MOSTI disambut Pengerusi MIMOS Tan Sri Shahril Shamsuddin serta pasukan pengurusan kanan MIMOS yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif interim, Emelia Matrahah dan Ketua Pegawai Teknologi, Thillai Raj. Semasa sesi taklimat, MIMOS telah menyatakan komitmennya dalam menghasilkan lebih banyak penyelesaian digital untuk industri, Kerajaan dan rakyat.

Skip to content