Skip to main content
Berita

KLINIK MYCYBERSECURITY (MYCSC) DI BUKA DI BATANG SADONG

By 2016-04-18Disember 14th, 2020No Comments

KUCHING, SARAWAK (18 APRIL 2015): Bagi menyemarakkan pembangunan keusahawanan dalam bidang keselamatan siber, Program Pembangunan Keusahawanan MyCyberSecurity Clinic (MyCSC) akan dibangunkan di Batang Sadong. Pusat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di sini, hari ini.

“MyCSC ini telah dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bakal berfungsi sebagai ‘touch point’ kepada masyarakat bagi mendapatkan perkhidmatan keselamatan siber seperti Pemulihan Data, Sanitasi Data serta Forensik Digital kepada masyarakat umum” kata YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Menurut Madius Tangau lagi, “Sebagai pusat pakar keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi di Malaysia. Inisiatif yang dijalankan ini serta kepakaran yang dimiliki CyberSecurity Malaysia akan dapat membantu usaha Kerajaan memperhebatkan lagi percambahan bidang sains, teknologi dan inovasi negara demi mencapai status negara maju menjelang 2020.”

MyCSC ini merupakan salah satu daripada pengisian program Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sarawak yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia di bawah platform Inovasi Sosial MOSTI (MSI). MSI bertujuan untuk membantu komuniti setempat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi yang boleh dilaksanakan secara mampan.

“Usaha ini juga akan dapat mencapai matlamat Program Inovasi Sosial MOSTI yang merupakan salah satu cabang inovasi. Ia mampu memberi kesan kepada rakyat serta manfaat kepada komuniti setempat masyarakat selain dapat meningkatkan keupayaaan individu untuk bertindak melalui jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak”, ujar YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Program selama dua hari ini dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Turut hadir ialah YB. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi & Inovasi MOSTI, YB. Rubiah Haji Wang, Ahli Parlimen Kota Samarahan, YBhg. Profesor Dato Dr Jamil Haji Aziz, Rektor UiTM Sarawak, YBhg. Datuk Abdul Wahab Aziz, Pengerusi Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA) dan YABhg. General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.

Skip to content