9 Ogos 2024, Selangor – YBhg. Datuk Dr. Ts. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, telah meluangkan masa melawat Malaysia Vaccines & Pharmaceuticals Sdn. Bhd. (MVP) untuk meninjau pengeluaran vaksin haiwan yang sedang dijalankan. Selain itu, beliau turut berbincang dan menerima makluman terkini mengenai projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh MVP.
Syarikat seperti MVP memainkan peranan penting dalam menyokong Pelan Pembangunan Vaksin Nasional (NVDR) dan memperkukuh ekosistem pembangunan vaksin negara. Kehadiran syarikat tempatan yang berinovasi dalam pengeluaran vaksin bukan sahaja meningkatkan daya saing negara, malah memastikan kesediaan dan keupayaan negara dalam menghadapi sebarang cabaran dan wabak pada masa hadapan.