Skip to main content
Arkib

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MESTECC MAC 2019

By 2019-04-02April 19th, 2020No Comments

Pada 27 Mac 2019, bertempat di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C1, Kompleks C, Putrajaya telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan MESTECC Mac 2019 bersama YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC. Majlis kali ini diurusetiakan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi (MASTIC).

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi) dan YBrs. Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga).

Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar berkongsi beberapa perkara penting dan perkembangan terkini Kementerian dengan semua warga MESTECC yang hadir, antaranya ialah:

  1. Penganjuran perhimpunan bulanan MESTECC untuk bulan-bulan seterusnya perlu diadakan pada awal bulan
  2. MESTECC telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil. 2/2019 berkenaan Pelaksanaan Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna di Kementerian, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Sehubungan dengan itu, warga MESTECC adalah dipohon untuk memahami dan mengamalkan perkara-perkara yang disenaraikan dalam surat pekeliling tersebut.
  3. Minggu Sains Negara 2019 dengan tema ‘Sains untuk Kesejahteraan’ pada 1 hingga 7 April, akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 April di Pusat Sains Negara. Minggu Sains Negara kali ini akan melibatkan penganjuran di negeri-negeri yang lain termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak. Semua warga MESTECC adalah diseru untuk menguar-uarkan dan mempromosikan Minggu Sains Negara dengan berkongsi hantaran (posting) di media sosial MESTECC bagi membantu mencapai matlamat meningkatkan kesedaran mengenai STI. Minggu Sains Negara tahun ini juga memfokuskan pada Kempen Hindari Plastik Sekali Guna yang merupakan salah satu usaha untuk menjayakan Roadmap towards Zero Single-Use Plastics.
  4. Insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor telah menyebabkan 4,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan. Insiden yang amat mendukacitakan ini merupakan hasil perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mematuhi akta dan peraturan pengurusan sisa terjadual. Penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia Malaysia, Agensi Remote Sensing Negara dan Jabatan Meteorologi Malaysia yang telah bertungkus-lumus bagi menyelesaikan insiden ini. Berikutan insiden ini, JAS juga akan meneliti Akta sedia ada untuk ditambah baik memandangkan denda dan hukuman kepada pesalah adalah tidak memadai dengan kesalahan yang dilakukan.
  5. Insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor telah menyebabkan 4,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan. Insiden yang amat mendukacitakan ini merupakan hasil perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mematuhi akta dan peraturan pengurusan sisa terjadual. Penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia Malaysia, Agensi Remote Sensing Negara dan Jabatan Meteorologi Malaysia yang telah bertungkus-lumus bagi menyelesaikan insiden ini. Berikutan insiden ini, JAS juga akan meneliti Akta sedia ada untuk ditambah baik memandangkan denda dan hukuman kepada pesalah adalah tidak memadai dengan kesalahan yang dilakukan.
  6. Proses penstrukturan MESTECC telah selesai dilaksanakan yang melibatkan beberapa penempatan semula para pegawai dan perubahan ruang pejabat. Semua warga MESTECC diharapkan dapat menerima perubahan ini dengan cara positif dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa

Selepas ucapannya, YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar menyampaikan sijil kepada tiga orang pegawai MESTECC yang telah terpilih untuk menerima Anugerah Pekerja Produktif dan Anugerah Sihat Sejahtera.

Skip to content