Pengenalan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) merupakan Bahagian yang bertanggungjawab dalam melaksanakan segala urusan berkaitan pengurusan sumber manusia di Kementerian ini. Seiring dengan keperluan semasa, Bahagian PSM sentiasa bersedia dalam:-

  1. memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyediakan dan membangunkan modal insan yang berkualiti dalam pelbagai aspek merangkumi kemahiran dan pengetahuan.
  2. Melaksanakan perancangan sumber manusia bagi melahirkan individu dan organisasi yang kompeten dan cemerlang dalam persekitaran yang harmoni.

Bahagian PSM terdiri daripada seksyen/unit seperti berikut :-

  1. Seksyen Pembangunan Organisasi dan Perancangan Sumber Manusia
  2. Seksyen Perkhidmatan
  3. Seksyen Pembangunan Sumber Manusia dan Kompetensi
  4. Unit Pengurusan Prestasi dan Naik Pangkat
  5. Unit HRMIS
  6. Unit Pengurusan Psikologi
  7. Unit Pentadbiran

Objektif

  1. Memastikan semua Bahagian dan Jabatan di bawah MOSTI mempunyai struktur organisasi yang realistik, pembangunan kerjaya yang terancang, tenaga manusia yang terlatih, profesional, kompeten serta berintegriti bagi membolehkan organisasi berfungsi secara cekap dan berkesan.

Fungsi & Tanggungjawab

SEKSYEN PEMBANGUNAN ORGANISASI & PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

  1. Merancang keperluan pembangunan sumber manusia serta merangka pembangunan organisasi Kementerian selaras dengan dasar dan perancangan JPA
  2. Mengaudit sumber manusia dan mengemaskinikan senarai perjawatan MOSTI
  3. Mengkaji skim-skim perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan

SEKSYEN PERKHIDMATAN

  1. Mengurus dan menyelaraskan pengambilan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan SPA dan Ketua Perkhidmatan berkenaan
  2. Menguruskan pengambilan anggota di bawah perwakilan kuasa SPA
  3. Menguruskan pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan serta kemasukan ke jawatan berpencen
  4. Urusan persaraan dan penerimaan faedah persaraan mengikut syarat-syarat perkhidmatan
  5. Menguruskan cuti berdasarkan Perintah Am Bab C
  6. Merancang dan menguruskan penempatan dan pertukaran pegawai/kakitangan
  7. Menguruskan pelantikan secara pinjaman/ tukar sementara, kontrak dan Pekerja Khidmat Singkat (PKS)
  8. Kelulusan Elaun Tanggung Kerja dan bayaran elaun-elaun serta saraan lain yang berkaitan

SEKSYEN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN KOMPETENSI

  1. Merancang dan mengendali program latihan dalam perkhidmatan (LDP) termasuk Program Transformasi Minda dan Program Hal Ehwal Islam untuk warga kementerian, jabatan dan agensi.
  2. Menyelaras permohonan penganjuran program latihan anjuran kementerian dan Jabatan.
  3. Menyelaras permohonan penyertaan program latihan dalam dan luar Negara sama ada anjuran JPA atau swasta dan permohonan menyambung pengajian (Hadiah Latihan Persekutuan, Cuti Belajar, Yuran Pengajian dan lain-lain) untuk warga kementerian dan Jabatan.
  4. Memantau kehadiran sekurang-kurangnya 7 hari berkursus bagi warga kementerian melalui Sistem Profail Latihan.
  5. Mengurus pemohonan Latihan Industri dari Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta
  6. Urus setia Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Kementerian.

UNIT PENGURUSAN PRESTASI & NAIK PANGKAT

  1. Merancang dan melaksana urusan kenaikan pangkat bagi semua kakitangan Perkhidmatan Bukan Gunasama di Kementerian dan Jabatan.
  2. Menyelaras urusan kenaikan pangkat bagi kakitangan Gunasama di Kementerian dan Jabatan
  3. Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia di peringkat Kementerian.
  4. Menyelaras laporan penilaian prestasi anggota di Ibu Pejabat.
  5. Menguruskan Perisytiharan Harta pegawai dari Kementerian dan bagi  Ketua-ketua Pengarah  di Jabatan secara manual dan HRMIS.
  6. Menguruskan pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran/ Bintang/ Pingat Negeri dan Persekutuan dari Kementerian, Jabatan dan Syarikat di bawah MOSTI.
  7. Menguruskan permohonan tanah secara individu dari Kementerian dan Jabatan

UNIT HRMIS

  1. Menguruskan Data Personel dan Data Perkhidmatan pegawai di agensi.
  2. Menyelaras dan memantau aktiviti pelaksanaan HRMIS di peringkat Kementerian dan agensi di bawahnya.
  3. Penyelaras dengan JPA berhubung pelaksanaan HRMIS di kementerian dan agensi di bawahnya.
  4. Menguruskan latihan aplikasi HRMIS kepada pengguna.
  5. Helpdesk bagi menyelesaikan masalah pengguna di kementerian dan agensi.
  6. Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan dikemaskinikan.
  7. Menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dari semasa ke semasa
  8. Helpdesk bagi menyelesaikan masalah pengguna di kementerian dan agensi
  9. Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan dikemaskini
  10. Sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS.

UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI

  1. Merancang keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
  2. Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam Pengurusan Sumber Manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
  3. Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam Perkhidmatan Awam.
  4. Melaksanakan dasar-dasar berkenaan psikologi dan kaunseling yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

UNIT PENTADBIRAN

  1. Pentadbiran Am Pejabat.
  2. Pengemaskinian sistem Fail.
  3. Menguruskan kewangan bahagian.
  4. Penyediaan Belanjawan Mengurus Tahunan bahagian.
  5. Mengurus dan memastikan maklumat pada Buku Perkhidmatan sentiasa dikemaskini.

Piagam Pelanggan

SEKSYEN PEMBANGUNAN ORGANISASI
1.   Mengemukakan permohonan dalam tempoh  berikut  dari tarikh penerimaan dokumen lengkap:

 

(a) Pindaan waran perjawatan kepada JPA 30 hari bekerja
(b)Penstrukturan semula dan pengukuhan   organisasi serta perjawatan kepada JPA 90 hari bekerja
(c) Cadangan pelantikan Pengerusi/ KPE/ ALP Agensi di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan kepada MOF

 

20 hari bekerja
2.   Mengemukakan surat pelantikan Pengerusi/KPE/ALP Agensi di bawah kuasa YB Menteri MOSTI dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

 

SEKSYEN PERKHIDMATAN
1.   Mengemukakan permohonan urusan pengesahan pelantikan/ pengesahan dalam perkhidmatan/ pemberian taraf berpencen/ pelanjutan tempoh percubaan kepada SPA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
2.   Mengemukakan keputusan urusan perkhidmatan dalam tempoh berikut dari tarikh penerimaan perakuan lengkap:

 

(a)  Penanggungan Kerja 15 hari bekerja
(b)  Elaun dan Kemudahan

(Nota: kemudahan Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Bersalin Tanpa Gaji dan Cuti Menjaga Anak Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan 30 hari sebelum tarikh permohonan bercuti)

10 hari bekerja
(c)  Ganjaran Kontrak dan GCR 15  hari bekerja

 

 

SEKSYEN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA & KOMPETENSI
1.    Mengemukakan permohonan kemasukan pakar asing kepada KDN, KLN dan MoF dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

(Nota: permohonan hendaklah dikemukakan 60 hari bekerja sebelum program berlangsung)

 

2.   Mengemukakan keputusan dan sijil PTM dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh akhir program.
3.   Mengemukakan surat tawaran berkursus dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum pelaksanaan kursus anjuran BPSM.
4.    Mengemukakan keputusan peperiksaan Pengesahan dalam Perkhidmatan dan Peningkatan Secara Lantikan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh akhir peperiksaan.

 

SEKSYEN PENGURUSAN PRESTASI & NAIK PANGKAT
1.    Mengemukakan permohonan dalam tempoh  berikut  dari tarikh penerimaan dokumen lengkap:

 

(a) Kertas perakuan pemangkuan/ kenaikan pangkat kepada JPA 14 hari bekerja
(b)Pencalonan Penganugerahan Darjah Kebesaran/ Bintang/ Pingat Persekutuan dan Negeri kepada urus setia Kementerian/ SUK Negeri

 

9 hari bekerja
2.   Mengemukakan keputusan urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam MOSTI.
3.   Mengemukakan Surat Pergerakan Gaji Tahunan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh mesyuarat PPSM.

 

UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI                             
1.    Mengemukakan pemakluman sesi janji temu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
2.    Mengemukakan laporan sesi dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tamat sesi kaunseling.

 

UNIT HRMIS                                               
1.   Aduan teknikal berkaitan HRMIS diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
2.   Penetapan semula tugas dan aliran kerja HRMIS dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

SEDANG DIKEMASKINI