Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan ICT kepada Bahagian – Bahagian bagi memastikan perkhidmatan- perkhidmatan ICT yang yang disediakan berjalan dengan cekap dan lancar seiring dengan teras perkhidmatan MOSTI.
Pengenalan
Objektif
Memastikan semua perkhidmatan, kemudahan dan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang merangkumi perkakasan, perisian, rangkaian, keselamatan dan insfrastruktur ICT di Ibu Pejabat MOSTI diurus dan ditadbir secara tepat dan selamat mengikut keperluan dan masa yang ditetapkan bagi menyokong sistem penyampaian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi lebih efektif dan berkesan.
Fungsi & Tanggungjawab
- Merancang dan menyelaras pengemaskinian Pelan Strategik ICT(ISP) agar sejajar dengan fokus dan Perancangan Strategik MOSTI supaya dapat dijadikan sebagai Blue Print dan halatuju dalam perancangan dan pembangunan projek-projek ICT MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya
- Merangka dan menyedia/mengemaskini Manual Pengguna, Garis Panduan dan Senarai Semak proses-proses projek ICT serta menguatkuasakan pelaksanaan arahan, peraturan dan polisi ini di kalangan warga MOSTI dan agensi di bawahnya bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan ICT MOSTI
- Memantau dan memantapkan keselamatan rangkaian di Ibu Pejabat MOSTI bagi mengelakkan pencerobohan ke atas rangkaian dan serangan virus
- Menjalankan analisis penggunaan jalur lebar di Ibu Pejabat MOSTI untuk membantu kerja-kerja pemantapan jalur lebar ini bagi memastikan penggunaannya di tahap optimum
- Merancang, mereka bentuk dan membangun Laman Web Rasmi dan Portal Intranet MOSTI serta melaksana dan mengendalikan pengemaskinian kandungan laman web dan Intranet ini
- Merancang, mereka bentuk, membangun, menguji dan melaksana/menyelenggara sistem aplikasi pengguna untuk menjadikan perkhidmatan penyampaian MOSTI yang bercirikan paperless lebih efisyen dan berkesan serta melaksanakan latih-amal pengguna dan menyediakan dokumentasi sistem yang lengkap
- Merancang serta menyelaras pembangunan, pengujian sistem dan pelaksanaan sistem aplikasi pengguna yang dibangunkan secara outsource mengikut keperluan pengguna di Ibu Pejabat MOSTI serta menyelaras pelaksanaan latih-amal pengguna dan penyediaan dokumentasi sistem yang lengkap oleh vendor
- Menyediakan dokumentasi sistem aplikasi pengguna yang dibangunkan di MOSTI
- Merancang, mereka bentuk, membangun dan menyelaras pembangunan bahan-bahan persembahan multimedia bagi program yang dianjurkan oleh MOSTI
- Merancang dan mengendalikan perolehan semua perkakasan, perisian dan lain-lain peralatan ICT yang berkaitan untuk Ibu Pejabat MOSTI serta mengurus dan menyelaras semua perkakasan, perisian dan lain-lain peralatan ICT yang berkaitan bagi semua jabatan di bawah MOSTI
- Mengurus dan mengendalikan pengurusan inventori perkakasan, perisian dan lain-lain peralatan ICT yang berkaitan bagi Ibu Pejabat MOSTI
- Merancang dan mengendalikan pelupusan semua perkakasan dan lain-lain peralatan ICT yang berkaitan untuk Ibu Pejabat MOSTI serta mengurus dan menyelaras pelupusan semua perkakasan dan lain-lain peralatan ICT yang berkaitan bagi semua jabatan di bawah MOSTI
- Menjalankan bantuan sokongan teknikal serta mengendalikan sistem ”Hotline” dan “HelpDesk” bagi memastikan keberkesanan pelaporan warga Ibu Pejabat MOSTI ke atas sebarang insiden keselamatan dan aduan kerosakan perkakasan dan perisian ICT dan rangkaian MOSTI
- Merancang, mengurus serta mengendali pengoperasian dan penyelenggaraan semua perkakasan ICT termasuk server, PC, notebook, peralatan rangkaian dan keselamatan di Data Center MOSTI dan lain-lain peralatan ICT di Ibu Pejabat MOSTI
- Merancang dan mengurus sistem back-up dan melaksanakan recoverysistem sekiranya perlu
- Merancang, mengurus dan mengendali pengoperasian serta mengendali penyelenggaraan infrastruktur rangkaian ICT MOSTI termasuk wireless dan pelaksanaan video conferencing MOSTI
- Merancang, mengendali dan menyelenggara perkhidmatan e-mel Ibu Pejabat MOSTI dan pengaksesan Internet
- Merancang, mengurus dan memantau perjalanan live web casting dan archive bagi program/majlis anjuran MOSTI
- Menyelaras, mengendali dan membantu pelaksanaan aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik (EG) di MOSTI
- Mengurus dan bertanggungjawab ke atas pengurusan CERT (Computer Emergency Response Team) MOSTI, mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2006 Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam
- Merancang dan mengendali/menguruskan latihan atau kursus dalaman mengenai teknologi dan tren baru ICT selaras dengan pembangunan modal insan ke arah penjanaan “knowledge worker” di kalangan warga MOSTI
- Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) MOSTI dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) MOSTI, mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2004 (Tambahan Pertama Kepada Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2000)
- Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Teknikal Laman Web MOSTI, mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2015 Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji dan komited untuk melaksanakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:
- Pembangunan Sistem Aplikasi
- Portal MOSTI / Intranet
- Helpdesk
- Kemudahan Khidmat Nasihat ICT