Skip to main content
Berita

AI Asia Expo 2023

21 Februari 2023, Thailand – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Malaysia National Artificial Intelligence Roadmap: Harnessing, Catalysing and Propelling Technologies in the 4th Industrial Revolution’ di AI Asia Expo yang sedang berlangsung pada 21-22 Februari 2023 di Centrada Grand at Central Plaza, Ladprao Bangkok Thailand.
AI Asia Expo merupakan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Thailand dan Singapore Industrial Automation Assocation. MOSTI melalui MIMOS turut mengambil bahagian dengan MIMOS mempamerkan AINS (Artificial Intelligence for Near Infrared Spectroscopy), Teknologi Pengesanan Pokok Sedia Tuai, INSPECTRA (Inline NIR Spectroscopy Analyser), Kawalan Kualiti Dalam Talian Berasaskan Penglihatan Mesin untuk Pembuatan dan REVA
(Ujian Darah Tanpa Reagen dan Penganalisis Tanda Vital).
332279714 937390667255571 3752518785840936480 n   332755740 699805648549062 6675819224774106361 n
Skip to content