Skip to main content
Berita

Bengkel Libat urus Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE)

26 Oktober 2023, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Bengkel Libat urus Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE) yang dihadiri oleh wakil-wakil industri, persatuan, institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan, agensi kerajaan dan organisasi penyedia kepakaran RISE.
RISE ialah platform yang menghubungkan penyedia khidmat kepakaran dengan pihak yang memerlukan penyelesaian dalam masalah yang dihadapi. Perkongsian kepakaran ini bertujuan untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti serta pembangunan kapasiti bagi kedua-dua pihak melalui penyelidikan, konsultasi, pemindahan teknologi atau latihan. Peranan program ini adalah untuk membantu organisasi/industri mengguna pakai teknologi terkini, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan inovasi dan produktiviti melalui penambahbaikan sistem dan proses
Bengkel kali ini telah di rasmikan oleh YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Skip to content