Skip to main content
Berita

Bengkel Pemilihan Calon Vaksin Untuk Pembangunan Vaksin Tempatan Siri 2

26 Februari 2024, Kuala Lumpur – Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia (MVPO), MOSTI dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit (BKP) dan Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah menganjurkan Bengkel Pemilihan Calon Vaksin Untuk Pembangunan Vaksin Tempatan Siri 2, yang telah diadakan di Kuala Lumpur selama tiga (3) hari dua (2) malam.

Seramai 60 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Malaysia Investment Development Authority (MIDA), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) – Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGVI), pemain-pemain industri vaksin tempatan, serta penyelidik-penyelidik daripada institusi penyelidikan awam, universiti awam dan swasta, hadir bagi memberi input dan menjayakan bengkel ini.
Bengkel ini adalah susulan daripada bengkel yang telah diadakan pada November 2023 yang lalu, dan bertujuan untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan parameter di dalam rangka kerja pemilihan calon vaksin yang diberi keutamaan untuk pembangunan vaksin tempatan. Rangka kerja yang dihasilkan ini akan digunakan sebagai kaedah ataupun tool oleh pihak berkepentingan dalam pembangunan ekosistem vaksin negara kita, dan sedang dimuktamadkan.
Majlis Penutup Bengkel Pemilihan Calon Vaksin Untuk Pembangunan Vaksin Tempatan Siri 2 ini, telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan,Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan turut hadir bersama di majlis penutupan ini, YBrs. Dr Anita Binti Suleiman, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Skip to content