Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Tapak Projek Penyelidikan Padi NMR 152 Kampung Sungai Leman, Sekinchan Selangor

25 Februari 2024, Selangor – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja Ke Tapak Projek Penyelidikan Padi NMR 152 Kampung Sungai Leman, Sekinchan Selangor pada 25 Februari 2024.Projek Pembangunan Loji Benih Baka Baharu Padi di Sekincan merupakan kerjasama dengan NM-HMN yang dibiaya melalui Projek E-DANA MOSTI (RD0120A1407) bermula pada tahun 2020-2022.
Tujuan pembangunan loji ini adalah bagi memberi kemudahan kepada komuniti pesawah di kawasan Sekincan khususnya dan pengusaha tanaman padi di Malaysia amnya untuk mendapatkan padi baka baharu yang mampu tumbuh dalam keadaan persekitaran perubahan cuaca yang tidak menentu seperti kemarau dan banjir kilat dengan mengekalkan ciri-ciri pengeluaran hasil yang masih tinggi serta mampu membantu pesawah meningkatkan pendapatan.
Benih baka baharu padi yang dihasilkan merupakan hasil kajian dari Agensi Nuklear Malaysia sejak 15 tahun yang lalu menggunakan aplikasi teknologi nuklear serta penyaringan yang ketat dan pemilihan baka yang khusus mengikut SOP Penghasilan Benih Padi Sah Negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Benih padi NMR152 yang dihasilkan di loji ini merupakan padi baka baharu yang versatile dan mampu menyumbang kepada lebih 25,000 pesawah dengan keluasan penanaman pada tahun 2023 sekitar 24% keluasan tanah di Selangor.
Keluasan penanaman padi NMR152 selepas ianya dilancarkan ialah hampir 30,000 ha dengan peratus (%) pesawah yang menggunakan padi benih NMR152 di Selangor 24%, Perak 16%, Penang 10%, Kedah 14%, Kelantan 13%, Pahang 14%, Johor 3%, Melaka 3%, Terengganu 3%.
Turut serta di lawatan kerja YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia dan Pengarah Urusan HMN (M) Sdn Bhd. Datuk Mansor Hj Mohd Nor.
Skip to content