Skip to main content
Berita

Program STEM Camp MOSTI

26 Februari 2024, Selangor – Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI (PSTI) MOSTI telah menganjurkan Program STEM Camp MOSTI di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Moh, Petaling Jaya yang dijayakan oleh Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) SJK(C) Chen Moh dengan kerjasama 3 agensi di bawah MOSTI iaitu Pusat Sains Negara, Planetarium Negara dan Agensi Nuklear Malaysia dengan penyertaan 100 orang pelajar.

Program ini merupakan yang pertama kali diadakan, di samping 14 lagi siri STEM Camp MOSTI yang disasarkan di seluruh negara pada tahun ini.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meluangkan masa hadir ke STEM Camp MOSTI diiringi YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU, YBhg. Datuk TKSU(T), YBrs. Puan TKSU(P), YBrs. SUB PSTI dan lain-lain kenamaan dari JPN Selangor, PPD Petaling Utama serta Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Lee Chean Cung.
Program STEM Camp MOSTI adalah inisiatif dengan objektif khusus untuk menarik minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program memberi tumpuan kepada golongan pelajar bagi merasai dan melaksanakan pelbagai aktiviti interaktif, hands-on dan demonstrasi bertemakan STEM secara langsung daripada pakar dan pengamal dalam bidang STI.
Melalui program ini, pelajar yang menyertainya akan dapat meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran dalam bidang STI, serta secara tidak langsung, program akan memberi informasi sains dan teknologi yang lebih luas kepada peserta.
Pelaksanaan Program STEM Camp MOSTI ini dirangka bagi memastikan penglibatan rakan strategik secara bersepadu yang terdiri daripada pemegang taruh dalam bidang STEM seperti agensi di bawah MOSTI, institut pengajian tinggi awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta lain-lain agensi yang menjalankan fungsi dalam pembudayaan STI di negara ini.
Skip to content