Skip to main content
Berita

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan menerima mengadap YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

30 Mei 2024, Kuala Lumpur – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan menerima mengadap YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Istana Darul Aman.

Dalam sesi ini, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan akan menyempurnakan Majlis Perasmian Program Promosi Bersasar (Technology Preview & Showcase Siri 2/2024 Zon Utara yang akan diadakan pada 13 Jun 2024 (Khamis) di Muzium Padi Kedah.
Hadir sama, YBrs. Dr. Rosli bin Darmawan, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia dan YBrs. Tuan Suhaidi bin Shukri, Pengarah Lembaga Muzium Kedah.
Turut hadir, YBrs. Dr. Nor Pa’iza bin Mohamad Hasan, Pengerusi Program Promosi Bersasar (Technology Preview & Showcase) Zon Utara dan YBrs. Dr. Rasif bin Mohd Zain, Pengerusi Bersama Program TPS Zon Utara dan Encik Mohamed Zaffar Ali bin Mohamed Amiroudine, Setiausaha Program TPS Zon Utara.
Kredit 📷: Kedah Royal Family
Skip to content