Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke BoomGrow Productions Sdn. Bhd.

5 Jun 2024, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan lawatan ke BoomGrow Productions Sdn. Bhd. bagi melihat sendiri sistem teknologi “Indoor Precision Farm”. Taklimat dan penerangan telah diberikan oleh Mr. Murali Krishnamurthy, CEO & Co-founder BoomGrow Productions Sdn. Bhd.

BoomGrow merupakan penerima dana Sandbox NTIS MOSTI. Syarikat BoomGrow mengusahakan teknologi pertanian pintar (smart farming) menggabungkan konsep penanaman vertikal dan aplikasi Internet of Things (IoT).
Kebun mudah alih Boomgrow, Machine Farm direka dengan meggunakan kontena dan dilengkapi dengan sistem kawalan persekitaran/suhu pintar yang dapat menghasilkan tuaian salad organik yang sihat, bebas racun perosak dan dapat menghasilkan tuaian dalam masa singkat berbanding tanaman secara konvensional.
Skip to content