Skip to main content
Berita

Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2024

23 Februari 2024, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2024 pada 23 Februari 2024.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya yang dibacakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim berkata penganjuran MTE 2024 merupakan bukti bahawa cabaran boleh diatasi dengan kerjasama, menggunakan kekuatan kolektif, pengetahuan, kreativiti dan inovasi yang berimpak tinggi.
MTE juga menunjukkan dedikasi dalam memupuk ekosistem inovasi bertenaga yang menghubungkan antara idea dan pihak komersial, dengan menjadikan portal MyTechMart sebagai terasnya.
Reruai MOSTI melalui Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) kali ini memperkenalkan dan mempromosikan portal MyTechmart kepada para pengunjung yang hadir sepanjang program penganjuran MTE 2024.
MyTechmart merupakan platform inovasi yang menyediakan hab maklumat produk, perkhidmatan dan teknologi terkini bermula dari fasa idea sehingga peringkat pengkomersilan. Penggunaan portal MyTechmart juga disasarkan kepada semua inovator, jabatan dan agensi Kerajaan, pihak industri, syarikat swasta serta orang awam.
MTE 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 24 Februari di WTCKL ini merupakan hab penting untuk pengukuhan inovasi, inspirasi dan intelek dari dalam dan luar negara.
Mencerminkan kejayaan tahun 2023, MTE telah menerima 5,014 pelawat daripada 17 negara yang mempamerkan rangkaian luar biasa dengan sebanyak 504 inovasi berdaftar.
Skip to content