Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Syarikat-Syarikat Yang Telah Menerima Dana Pembiayaan Daripada MTDC

23 Februari 2024, YBhg. Dato Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menggadakan Lawatan Turun Padang ke syarikat-syarikat yang telah menerima dana pembiayaan daripada MTDC bagi meninjau pelaksanaan prestasi projek.
Turut mengiringi KSU MOSTI adalah Tn Hj Mohamad Hazani, CEO MTDC, Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, wakil daripada Kementerian Kewangan iaitu Encik Faisal Jamaludin serta wakil dari Bahagian PTK dan MTDC.
Produk yang dihasilkan oleh Syarikat Recove Technology merupakan sebuah syarikat alat kesihatan yang menghasilkan NEORUBIN, alat penyukat penyakit kuning non invasive. Syarikat merupakan penerima Dana CRSF daripada MTDC.
Manakala Syarikat Namotech Sdn Bhd menghasilkan PRIMERA Red Rice yang merupakan penerima dana CRDF dan Dana Sandbox dari MTDC.
Skip to content