Skip to main content
Berita

I-Nation 2026: MRANTI Gerakkan Projek Rintis Lima Bidang Keutamaan Melalui Mission Labs

11 November 2026, Putrajaya -Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui MRANTI, hari ini menganjurkan persidangan I-Nation 2026 bertemakan π‘€π‘–π‘ π‘ π‘–π‘œπ‘› π‘‘π‘œ π΄π‘π‘‘π‘–π‘œπ‘› telah dirasmikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Le MΓ©ridien Putrajaya. Program ini merupakan sesi kerja Mission Labs bagi menghubungkan kerajaan, industri, penyelidik, pengawal selia dan pembiaya demi menukar hasil penyelidikan dan inovasi negara kepada projek rintis yang memberi manfaat nyata kepada rakyat.
Inisiatif ini menumpukan kepada lima bidang strategik iaitu penuaan sihat, keterjaminan makanan, industri sawit, ekonomi altitud rendah dan mobiliti autonomi. Melalui sesi ini, Execution Pods dibentuk untuk menggerakkan projek rintis terpilih dalam tempoh enam hingga 12 bulan bagi menguji kebolehlaksanaan operasi, daya maju kewangan dan impak sosial sebelum dikomersialkan secara meluas.
Sebagai langkah awal, MRIC Healthcare Sdn Bhd dikenal pasti sebagai rakan peneraju misi penuaan sihat dengan memeterai kerjasama strategik bersama empat rakan kongsi utama Academy of Medicine of Malaysia, ACT4Health Senior Clinic, Sena Healthcare dan MSU yang merangkumi saringan kesihatan komuniti, latihan penjaga serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) perubatan.
Pada masa sama, penganjuran Global Sandbox Forum (GSF) yang berpandukan kejayaan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) turut memperkukuh jaringan antarabangsa bagi mempercepatkan pengujian, pengesahan dan pengkomersialan teknologi tempatan ke peringkat rentas sempadan.
Skip to content