18 Ogos 2026, Bangi –
YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Persidangan Multidisiplin, International Conference on Future Science and Engineering (INCFUSE) 2026 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) bersama Kunming University, China.
INCFUSE 2026 menjadi platform global yang menghimpunkan penyelidik, ahli akademik, pelajar dan pemain industri untuk berkongsi ilmu serta membentangkan perkembangan terkini dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
Bertemakan “Advancing Frontiers in Science, Engineering, and Sustainability”, persidangan ini bertujuan menggalakkan inovasi, mengembangkan penyelidikan dan menyokong pembangunan mampan menerusi perkongsian ilmu merentas disiplin.
Persidangan itu turut menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian antara UKM dan EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd. bagi menyokong usaha UKM mendapatkan akreditasi program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia daripada Institution of Chemical Engineers (IChemE).
Turut hadir, YBrs. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia; YBrs. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi; YBrs. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Dekan FKAB; YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Norliza Abd Rahman, Pengerusi INCFUSE dan YBrs. Prof. Dr. Nie Zhifeng, Timbalan Dekan School of Chemistry and Chemical Engineering, Kunming University, China.
Kredit foto : Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia




