Skip to main content
Berita

Inisiatif National Technology And Innovation Sandbox (NTIS)

27 Februari 2024, Kuala Lumpur – Satu sesi taklimat berhubung Inisiatif National Technology And Innovation Sandbox (NTIS) yang dilaksanakan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diberikan kepada YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya pada 27 Februari 2024 bertempat di Bangunan Kementerian Kerja Raya.

Delegasi MOSTI diketuai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI. Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya (KKR), pegawai-pegawai MOSTI dan Sekretariat NTIS.
Objektif utama sesi taklimat ini memberi peluang kepada MOSTI untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai inisiatif NTIS serta meneroka peluang kolaborasi di antara KKR dan MOSTI khususnya memanfaatkan ‘testbed’ di bawah NTIS sedia ada yang boleh membantu menguji, mempertingkatkan dan memperkasakan inovasi KKR dalam pasaran pembinaan terutamanya dalam bidang infrastruktur negara.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan juga telah memperkongsikan Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) dalam usaha memperkasa aktiviti pengkomersialan teknologi dan inovasi tempatan dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan untuk dimanfaatkan bersama KKR.
Skip to content