Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Kumpulan Modal Perdana (KMP)

28 Februari 2024, Selangor – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke sebuah lagi agensi di bawah MOSTI iaitu Kumpulan Modal Perdana (KMP).

KMP merupakan salah sebuah syarikat modal teroka yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan mandat untuk melakukan pelaburan di dalam syarikat berteknologi tinggi bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan berasaskan teknologi.
Sejak penubuhannya, KMP telah melabur di dalam lebih 40 syarikat berteknologi tinggi dan telah berjaya membantu sebahagian besar syarikat-syarikat ini berkembang maju. Sebahagian daripada syarikat-syarikat ini juga telah berjaya disenaraikan di dalam Bursa Saham serta memberi pulangan pelaburan kepada KMP.
Skip to content