Skip to main content
Berita

Jelajah Bioekonomi 2024 di Kota Kinabalu, Sabah

By 2024-04-01April 7th, 2024No Comments

02 Mac 2024, Sabah – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah melancarkan siri Jelajah Bioekonomi 2024, sebuah program di bawah Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) di Kota Kinabalu, Sabah pada 2 Mac 2024.

Program jelajah itu menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) dalam mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan pemain industri, seperti kekurangan akses kepada pembiayaan, kesulitan dalam mendapatkan pensijilan, akreditasi dan akses pasaran, serta kesukaran mencari pekerja yang berpengetahuan.
YB Dato’ Haji Mohammad Yusof berkata,“Melalui Jelajah Bioekonomi, Bioeocomy Corporation dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan segala perkhidmatan dan fasilitati untuk membantu pemain-pemain ini merealisasikan potensi mereka dan meniki tangga kejayaan dalam industri-industri ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, En Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak,“Kami menyasarkan sejumlah 65 buah syarikat dari seluruh Malaysia untuk menyertai program Status BioNexus dan BBA, dan seramai 120 orang calon untuk menyertai program BeST 2.0 melalui siri Jelajah Bioekonomi pada tahun ini. Bioeconomy Corporation akan melakukan susulan rapat dengan pemain-pemain ini dan memastikan mereka diberikan akses kepada semua kemudahan dan bantuan yang dijanjikan.
Dengan semangat ‘bioeconomy for all’, Jelajah Bioekonomi akan melahirkan satu lagi generasi usahawan, syarikat serta bakat yang hebat, berinovasi, dan berdaya saing melalu bimbingan program-program anjuran MOSTI bersama Bioeconomy Corporation.
Siri Jelajah Bioekonomi akan dilaksanakan di sembilan (9) perhentian iaitu Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan di Sabah, Kuching dan Miri di Sarawak serta kawasan Utara, Timur, Selatan, dan Tengah di Semenanjung Malaysia sepanjang tahun 2024.
Skip to content