Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)

3 Mac 2024, Kedah – Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) hari ini menerima lawatan kerja Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang.
Lawatan turut disertai oleh Exco STI Negeri Kedah YB. Dr. Haim Hilman bin Abdullah dan juga dihadiri oleh Pengarah PSN En. Mohammad Fuad bin Rahman.
🧪 YB Menteri diberikan taklimat pengurusan dan operasi PSNCWU oleh Ketua Cawangan En. Hafizul Hanif bin Abu Bakar sebelum dibawa melawat ke Galeri Pameran dan Fasiliti yang terdapat di PSNCWU.
🧪YB Menteri turut merasai pengalaman mencuba bahan pameran di Galeri Pameran Terbaharu Bahtera Langkasuka. Serta berinteraksi bersama pelawat PSNCWU.
Skip to content