Skip to main content
Berita

Karnival Kreativiti Dan Science4U pada 5-6 Julai 2013 (Sabtu) di Dewan Masyarakat Ranau

By 2013-07-06Disember 14th, 2020No Comments

z

 

Ranau, 6 Julai 2013 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) buat julung kali telah menganjurkan Karnival Kreativiti dan Science4U di Dewan Masyarakat Ranau, Sabah pada 5-6 Julai 2013. Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 6 Julai 2013 dan dihadiri lebih daripada 2000 pengunjung.

Karnival Kreativiti dan Science4U  yang berlangsung selama dua hari merupakan satu platform yang kaya dengan penyaluran dan perkongsian ilmu sains, teknologi dan inovasi untuk semua lapisan masyarakat.  Sebanyak 8 Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengambil bahagian untuk berkongsi dan menyalurkan teknologi masing-masing kepada para pengunjung. Beberapa Jabatan di Ranau  seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Kesihatan serta Pertubuhan Unit Sains Kampung Lingkudau Ranau turut mengambil bahagian di Karnival ini.

YB Menteri MOSTI turut menyampaikan mesin pemprosesan tuhau secara rasmi kepada Pn Wasinah Kuntagil, anak tempatan Ranau yang telah menjadi usahawan berjaya selepas Berjaya dijejak oleh Yayasan Inovasi Malaysia pada tahun 2011. Mesin pemprosesan tuhau yang disediakan oleh Techology Park Malaysia telah Berjaya meningkatkan pendapatkan Pn Wasinah daripada RM850 kepada purata RM10,000 sebulan.

Dalam usaha  MOSTI membangunan sumber ekonomi penduduk Ranau, Agensi Nukelar Malaysia, iaitu sebuah agensi di bawah MOSTI,  kini sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan tanaman bunga mutan seperti bunga chrysanthemum. Tanaman bunga ini akan dilakukan  melalui teknologi  tisu culture di Kundasang yang mempunyai iklim sejuk dan sesuai dengan tanaman bunga. Jika usaha ini berjaya, sudah pasti, akan menyediakan peluang pekerjaaan dan meningkatkan sumber ekonomi penduduk tempatan.

MOSTI juga menyediakan peluang pembiayaan untuk membangunkan ciptaan kreatif dan inovatif yang berpotensi tinggi. Pembiayaan ini akan ditampung melalui dana MOSTI seperti Dana Sains (Sciencefund) dan Dana Inno (Innofund). Kuantum maksimum bagi Dana Inno adalah RM50,000 kepada pereka cipta kategori individu dan RM500,000 bagi syarikat atau komuniti. Kuantum maksimum bagi dana Sains adalah RM500,000 bagi setiap ciptaan. Oleh itu, penduduk Ranau digesa menggunakan kemudahan insentif yang disediakan oleh MOSTI untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berinovasi.