Skip to main content
Berita

KSU MOSTI Telah Mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Negeri Kelantan

18 Ogos 2024, Kelantan – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YABrs. Haji Ab Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Negeri Kelantan di MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim.
Sesi ini antara lainnya membincangkan cadangan kerjasama MOSTI dengan Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi berkenaan aktiviti-aktiviti pembudayaan dan pendanaan.
Hadir sama pegawai-pegawai dari Kerajaan Negeri Kelantan dan MOSTI serta Yayasan Inovasi Malaysia.
Skip to content