Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of The Republic of Uzbekistan ke atas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

13 Jun 2024, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Karomidin Gadoev, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of The Republic of Uzbekistan to Malaysia.
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D dan Bahagian Antarabangsa MOSTI, serta pegawai-pegawai kanan dari agensi-agensi di bawah MOSTI seperti KIMIA Malaysia, Cradle Fund Sdn. Bhd. dan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Perbincangan tertumpu kepada mengukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi (STI).
Perbincangan menfokus kepada potensi kerjasama dalam bidang-bidang yang menjadi keutamaan MOSTI pada tahun ini iaitu ekonomi hidrogen, kecerdasan buatan (AI), bioteknologi (khususnya keselamatan makanan dan precision medicine), ekosistem syarikat pemula dan teknologi angkasa.
Selain itu, kedua-dua pihak juga berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dalam ekosistem syarikat pemula latihan AI dan pembangunan kapasiti, penyelidikan bersama dalam STI, dan teknologi dalam pertanian.
Skip to content