Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah

14 Jun 2024, Kedah – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah bagi melawat projek-projek pembangunan RMKE12 yang dilaksanakan di KIMIA Kedah.

Projek – projek pembangunan tersebut adalah Projek Menaiktaraf Makmal Air, Projek Menaiktaraf Pusat Analisis Sains Forensik serta Projek Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan.
Turut mengiringi lawatan kerja KSU MOSTI adalah YBrs Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan); Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan; Encik Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; Encik Ruhairi bin Ramli, Setaiusaha Bahagian Kewangan serta pegawai- pegawai dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah.
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek berjalan mengikut jadual dan mencapai hasil yang disasarkan. Program lawatan kerja ini turut melibatkan sesi bertemu dengan semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah.
Skip to content