Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Koperasi Eco Usahawan Johor Berhad, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan ANGKASA Malaysia Ke Atas YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI

6 Januari 2023, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini turut menerima kunjungan hormat daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Koperasi Eco Usahawan Johor Berhad, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan ANGKASA Malaysia.

 

Kunjungan ini bagi membincangkan mengenai Projek Ternakan Kelulut Modular Inovasi UTM di Simpang Renggam yang diketuai oleh Dr. Mohd Khairuddin bin Ramliy di bawah geran Malaysia Social Innovation (MySI), MOSTI.
MOSTI sentiasa memberi sokongan dan galakan dalam penghasilan inovasi serta pembangunan dan penyelidikan tempatan untuk kegunaan masyarakat secara menyeluruh khususnya dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan dalam kalangan penduduk dan komuniti setempat.
324020398 485632770311797 6742008276201133930 n
Skip to content