Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Delegasi UiTM Cawangan Selangor (UCS) Yang Diketuai Oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Rektor UiTM Cawangan Selangor Ke Atas YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI

6 Januari 2023, Putrajaya – Kunjungan hormat Delegasi UiTM Cawangan Selangor (UCS) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Rektor UiTM Cawangan Selangor ke atas YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.

Kunjungan ini antara lainnya membincangkan mengenai kerjasama antara MOSTI dan UCS bagi penganjuran Karnival Inovasi UCS 2023 yang akan berlangsung pada 14 & 15 Januari 2023 bertempat di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Karnival Inovasi UCS 2023 yang membawa tema ‘Inovasi Memperkasakan Ekonomi’ merupakan salah satu usaha meningkatkan aktiviti inovasi di UCS.

Sebagai peneraju kepada agensi sains, teknologi dan inovasi negara, MOSTI sentiasa menyokong dan mengalu-alukan inisiatif seperti ini. Tahniah UCS atas penganjuran Karnival Inovasi UCS 2023.

 

321514810 1173408506629844 5448105616110835498 n

Skip to content