Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM Dan YBTM MOSTI Ke Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

9 Januari 2023, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

 

MTDC merupakan salah satu daripada agensi di bawah MOSTI yang terlibat dalam pengkomersialan dan pemindahan teknologi, inkubasi, pengurusan dana kerajaan berkaitan teknologi serta peningkatan kadar penerapan teknologi dalam syarikat-syarikat PKS tempatan.
Delegasi MOSTI disambut oleh Pengerusi MTDC, YBhg Tan Sri Abd Rahman Mamat, Ketua Eksekutif MTDC, YBrs. Tuan Hj Mohammad Hazani Hj Hassan serta Pengarah Divisyen MTDC. MTDC telah berkongsi mengenai fungsi dan peranannya seterusnya membawa delegasi MOSTI melawat Akademi Latihan Teknopreneur (TENTRA), Centre of 9 Pillars Experience centres (Co9P) di Pusat Teknologi UPM-MTDC.
Sebagai syarikat pelaburan strategik, MTDC melalui kepakaran, pengalaman serta perkhidmatannya membantu syarikat-syarikat di dalam ekosistemnya merealisasikan potensi mereka sebagai syarikat bertaraf dunia. Perkhidmatan MTDC disalurkan melalui Technopreneur Training Academy (TENTRA), Centre of 9 Pillars (Co9P), pusat-pusat inkubator, pendanaan serta khidmat nasihat.
DSC 9894   DSC 9922
DSC 9947   DSC 0045
Skip to content